Anak adalah amanah dari Allah SWT. Ibu bapa wajib mendidik amanah
tersebut menjadi insan mulia mengikut jalan yang benar dan diredai.
Namun lumrah seorang kanak-kanak yang semula jadi memiliki sifat-sifat
nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka kadang kala menguji
kesabaran ibu dan ayah.
Jangan cepat melenting menghadapi kerenah anak-anak kerana sebagai
seorang Muslim kita sebenarnya mempunyai penyelesaian yang boleh
dijadikan amalan seharian. Berdoalah kerana doa itu senjata orang
mukmin.
Dalam Islam kita disuruh berdoa untuk memohon apa yang dihajati. Doa
juga memainkan peranan penting untuk memohon kesejahteraan dan
kebahagiaan diri sendiri dan keluarga. Sebagai ibu bapa, kita perlu
sentiasa mendoakan untuk kebaikan anak dan tidak mengatakan yang
buruk-buruk kepada anak-anak kerana apa yang lahir dari mulut seorang
ibu adalah satu doa.
Baca juga: Rupa-Rupanya, Inilah Sebab Mengapa Rasulullah SAW Melarang Kencing Bendiri
Baca juga: Rupa-Rupanya, Inilah Sebab Mengapa Rasulullah SAW Melarang Kencing Bendiri
Setelah semua usaha dilakukan untuk meminta sesuatu, kita diminta berdoa
kepada Yang Maha Esa agar dimakbulkan apa yang telah diusahakan.
Demikian yang harus kita lakukan sebagai ibu dan ayah kepada zuriat
sendiri.
1. Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir
Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang
bermaksud:
“Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada
siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”
Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
3. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan
bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
4. Banyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.
5. Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4
dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani
anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.
6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan
surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:
“ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”
7. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan
tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan
harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah
emosi atau tingkah laku.
8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud:
“Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang
menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan
surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:
“ Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”
9. Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah
bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat sunat dan mendoakan
kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa
lebih berkesan.
10. Saat anak-anak bergaduh baca surah al-Baqarah, ayat 102, yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam.
11. Anak-anak pandai belajar baca surah al-Anbiyaa, ayat 79, yang bermaksud:
“Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi
masalah itu, dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmah
kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan
unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami
berkuasa melakukan semuanya itu.”
12. Anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran baca surah al-Anbiyaa, ayat 69, yang bermaksud:
“Kami berfirman, hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim.”
Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia
dunia dan akhirat. Jadi, amalkanlah demi kesejahteraan seisi keluarga.
Jadikan doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak.
0 Response to "12 Doa Yang Ayah Dan Ibu Mesti Amalkan Untuk Anak-Anak "
Post a Comment