Kencing atau bahasa halusnya buang air kecil ini bukanlah suatu hal yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktivitas ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan betul dan beradab.
Baca juga: 12 Doa Yang Ayah Dan Ibu Mesti Amalkan Untuk Anak-Anak
Hadis
yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiyallahu ”anha, di mana beliau
berkata,“Siapa yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW kencing sambil
berdiri, jangan dibenarkan. Beliau tidak pernah kencing sambil berdiri.”
Dari Aisyah ra. berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.
Secara
perubatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang
pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab
penyakit lemah syahwat kepada sebahagian lelaki.
Dari
segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian
mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa
ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang
tidak habis terpancut ketika kencing sambil berdiri, apabila hal ini
terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing
adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas
kecil maupun hadas besar.
Umumnya
kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin
kerana keadaan tempat dan waktu yang mengharuskan (terpaksa) untuk
kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunnah dan
kesihatan. Orang terdahulu mempunyai budaya melarang anak kencing
berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri,
murid kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing
berdiri.
Kebiasaan
orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air
dalam pundi-pundi yang tidak habis keluar menjadikan kelenjar otot-otot
dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan
buang air secara mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di
kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar. Ini memudahkan air
kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah
zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar
hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar
terpelihara.
Ketika
buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa
air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia
berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan
bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong kecil dan telur
zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tak habis
terpancut. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti
batu karang.
Jika
anda biasa meneliti sisa air kencing yang tak dibersihkan dalam kamar
mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu
ada di kantong kemaluan anda?? Hal ini juga merupakan salah satu yang
menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelain selain dari penyebab batu
karang.
Sesungguhnya
banyak siksa kubur dikeranakan kencing maka bersihkanlah dirimu dari
(percikan dan bekas) kencing. (HR. Al Bazzaar dan Ath-Thahawi) Hadis
riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: Rasulullah saw. pernah melewati dua
buah kuburan, lalu beliau bersabda: Ingat, sesungguhnya dua mayat ini
sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana
ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak
membersihkan dirinya dari air kencingnya.
Kemudian
beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua. Setelah
itu beliau menancapkan salah satunya pada sebuah kuburan dan yang
satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu
dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)
Demikian
hikmahnya Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Salam melarang kencing
berdiri.Sehingga Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wasalam sering mengingatkan
dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan
siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.
Maka
ada baiknya kita belajar adab-adab dan sunnah-sunnah di kamar mandi
berikut agar kita banyak mendapatkan manfaat baik di dunia (kesihatan)
maupun di akhirat (agama) yang telah diajarkan Rasulullah Shalallahu
‘Alaihi Wasalam:
Buang air secara mencangkung (tidak berdiri jika tidak terpaksa/darurat). Agar kotoran boleh keluar segera sehingga tidak menjadi penyebab kencing batu maupun lemah syahwat.
Menggunakan alas kaki.
Menurut penelitian di Amerika di dalam bilik mandi ada sejenis virus
dengan type Americanus yang masuk melalui telapak kaki orang yang ada di
bilik mandi tersebut. Dengan proses waktu yang panjang virus tersebut
naik ke atas tubuh dan ke kepala merosak jaringan otak yang menyebabkan
otak lemah tak mampu lagi mengingat, kabur semua memori otak sehingga
nyanyuk. Sandal hendaknya diletakkan di luar bilik mandi, jangan di
dalam bilik mandi, kerana semakin kotor, lembab dan tak mengenai saranan
kebersihan.
Masuk bilik mandi dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan. Inilah
sunnah yang diperintahkan oleh Nabi, dan juga disunnahkan untuk membaca
doa sebelum masuk bilik mandi (doa dibaca di luar bilik mandi) dan
setelah keluar dari bilik mandi. Berbeza jika kita masuk masjid dan
rumah, masuk masjid atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki
kiri.
Beristinja’ dengan air dan dengan tangan kiri. Beristinja’
(bersuci dan membersihkan kotoran) dengan air, bukan dengan tissue atau
lainnya kecuali jika tidak ditemukan air ketika dihutan, padang pasir
dsb. Boleh gunakan tissue tapi harus dibilas lagi dengan air setelahnya.
Syarat kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat adalah hilang
warna, hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut. Beristinja’
juga disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembahagian tugas dari
tangan, bagaimana tangan kiri untuk urusan ‘belakang’ sedangkan untuk
makan & minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan
dicampuradukkaan, tangan yang untuk urusan belakang itu juga untuk
makan. Dan Nabi melarang makan & minum dengan tangan kiri.
Jangan merancang/merencanakan sesuatu di bilik mandi. Nabi
sangat melarang merencanakan atau membuat suatu rencana/idea/inspirasi
di dalam bilik mandi, kerana bilik mandi adalah markasnya syaitan
sebagaimana doa kita ketika hendak masuk bilik mandi:
“Allahumma
inni a’udzubika minal khubutsi wal khabaits”, Yaa Allah, aku berlindung
kepada-Mu dari godaan syaitan laki-laki maupun perempuan”. Kerana
dikhuatirkan rencana/idea/inspirasi yang didapat berasal dari bisikan
syaitan yang kelihatannya baik tapi setelah dijalankan ternyata banyak
mudharat/keburukannya.
Begitu juga setelah keluar bilik mandi, baca istighfar dan doa keluar bilik mandi.
Secara adab dan budaya pun sangat tidak baik, masa sambil buang kotoran
mencari idea/inspirasi atau merencanakan sesuatu yang baik apalagi
sesuatu itu menyangkut hajat hidup orang lain.
Disunnahkan juga untuk menyegerakan keluar bilik mandi apabila hajat sudah selesai, bukan bernyanyi-nyanyi apalagi sambil baca buku atau Quran.
Ketika buang air dilarang menghadap atau membelakangi qiblat, apabila lubang bilik mandi menghadap qiblat hendaknya ketika buang air badan agak diserongkan sedikit
Apabila
sunnah diamalkan walaupun dalam bilik mandi maka kita ini juga namanya
ibadah. Betapa sayangnya setiap hari kita ke bilik mandi beberapa kali
tapi tidak mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan sunnah. Padahal
salah satu maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk ibadah.
SUMBER : KHALIDAABDULLAH
0 Response to "Rupa-Rupanya, Inilah Sebab Mengapa Rasulullah SAW Melarang Kencing Bendiri. "
Post a Comment